Malay version.Tip = High Viscosity Index for your engines oil
ISU kelikatan minyak adalah mendalam untuk dikupas dan penulis cuba meringkaskannya sebaik mungkin. Kita boleh memahami bahawa geseran berlaku kerana adanya daya bertentangan menghalang sesuatu daya yang ke hadapan.
Geseran ini terjadi pada cecair seperti minyak pelincir. Geseran ini bertambah jika pergerakan bertambah laju. Dalam pada itu, kita kadangkala terlupa bahawa geseran terjadi di dalam sesuatu cecair iaitu antara molekul atau zarah cecair itu sendiri. Ini yang mewujudkan kelikatan sesuatu cecair itu.
Kelikatan ini biasanya bertambah tinggi apabila cecair berada pada suhu yang rendah dan begitu juga sebaliknya. Seperti madu lebah, ia amat likat apabila sejuk, tetapi rendah kelikatannya atau cair jika dipanaskan. Berlainan dengan air biasa, perbezaannya tidak begitu ketara antara panas dan sejuk.
Cecair atau minyak yang banyak perbezaannya berbanding suhu digelar mempunyai Indeks Kelikatan Tinggi (High Viscosity Index). Cecair yang tidak banyak berbeza berbanding suhu mempunyai Indeks Kelikatan Tinggi (High Viscosity Index).
Kelikatan sesuatu cecair boleh disukat melalui pelbagai proses seperti mengira masa diambil untuk gegalas bebola melepasi cecair berkenaan bagi jarak tertentu di dalam tabung uji.
Pada suhu bilik, air mempunyai kelikatan lebih kurang satu CentiPoise, manakala gliserol mempunyai kelikatan 1500 CentiPoise.
Unit Poise dinamakan sempena seorang doktor perubatan Perancis iaitu Jean Louis Poiseuille (1799-1869) yang amat berminat mengkaji aliran darah dalam tubuh manusia.
Di dalam enjin, kelikatan amat penting kerana minyak pelincir yang terlalu cair dipaksa melepasi permukaan gegalas atau bearing dan tidak dapat melindungi permukaannya daripada geseran.
Begitu juga sebaliknya jika minyak pelincir terlalu likat, ia tidak dapat memasuki ruang di permukaan bahagian logam serta perlindungan geseran tidak dapat dijalankan.
Pelincir yang terlalu likat melambatkan proses pergerakan komponen enjin dan menaikkan suhu enjin serta menyebabkan kerosakan enjin.
Oleh itu, penggunaan minyak pelincir terlalu likat atau cair boleh mendatangkan kerosakan pada enjin. Untuk menentukan tahap kelikatan ini satu piawaian diwujudkan pada 1911 iaitu piawaian J300 bagi menentukan kelikatan minyak enjin oleh Persatuan Jurutera Automotif (Society of Automotive Engineers S.A.E.) SAE J300 ini hanya mengukur tahap kelikatan minyak pelincir yang segar dan belum digunakan.
Minyak yang diuji diberikan nombor 5, 10, 20, 30, 40 dan 50. Huruf W itu sebenarnya melambangkan winter atau musim sejuk dan melambangkan tahap kelikatan minyak berkenaan pada suhu 0°F atau -11.8°C
Minyak pelincir multigred seperti 5W/40 pula mempunyai tambahan polimer yang mampu mengekang proses perubahan kelikatan disebabkan perubahan suhu.
Pada suhu sejuk polimer ini tidak bertindak dan minyak pelincir tadi berada pada tahap kelikatan seperti nombor tertera pada awalnya iaitu SAE 5. Apabila suhu meningkat, polimer itu bertindak mengawal kecairan minyak dan menetapkan kelikatannya pada tahap nombor sebelah kiri iaitu SAE 40 pada 100.0°C.
Satu cara lagi untuk melihat kelikatan minyak ialah ia tidak turun di bawah SAE 5 dan melebihi SAE 40. Semakin besar julat kelikatan minyak berkenaan, semakin banyak polimer digunakan untuk menstabilkan minyak itu serta meningkatkan harganya.
Sebenarnya bagi kegunaan kita di negara ini, tahap kelikatan awal iaitu 5W tidak begitu relevan kerana kita tidak mengalami suhu sejuk melampau seperti di negara barat.
Apa yang lebih penting bagi kita ialah kebolehan minyak itu mengekalkan kelikatannya pada suhu tinggi untuk melindungi enjin. Oleh itu minyak 5w 40 adalah pilihan lebih baik berbanding 10w 30 bagi kegunaan kita.
Banyak isu yang diperbincangkan mengenai minyak sintetik berbanding minyak mineral. Jelas bahawa minyak sintetik mempunyai banyak kelebihannya berbanding mineral terutama dari segi kestabilannya menahan oksida pada suhu tinggi.
Namun harus diingat bahawa minyak sintetik adalah mahal dan mungkin hanya sesuai digunakan dalam operasi enjin memerlukan prestasi amat mencabar seperti dalam perlumbaan.

Last edited: