I called up the JPJ & went to the JPJ in Petaling Jaya , asking more info on the conversion , they say if above 25% just need to request for kawal selia , once it gets approved then you can continue your conversion but they say make sure brakes & suspension is up to par with the engine transplant . So basically they say if you use the correct procedure then won't be a problem .
Anyway here is an email recenly i wrote to them , so this is what they reply to me :
Tuan,
Terdapat beberapa kategori / jenis permohonan pertukaran injin. Ada permohonan tersebut akan melibatkan samada perubahan pada 'cc' injin dan juga model injin yang asal. Secara umumnya jika pertukaran tersebut tidak melibatkan perubahan pada keupayaan kapasiti injin (cc) dan juga model, permohonan tersebut boleh terus dibuat ke JPJ Negeri berhampiran dengan hanya mengemukakan dokumen - dokumen yang berkaitan. Bagaimanapun jika permohonan pertukaran injin tersebut melibatkan model yang berlainan dari injin asal ataupun membabitkan penambahan atau pengurangan 'cc' injin (sepertimana dalam kes tuan), permohonan sedemikian (bersama - sama dokumen2 berkaitan) hendaklah terlebih dahulu dikemukakan ke pihak Kawalselia Teknik, JPJ Ibu Pejabat untuk pertimbangan serta kelulusan. Perlu dijelaskan bahawa, dalam keadaan biasa, permohonan pertukaran injin yang melebihi 25% daripada kapasiti injin asal hanya akan dipertimbangkan setelah beberapa pengubahsuaian kepada sistem brek dan sistem gantungan dibuat atas cadangan Kawalselia tersebut. Untuk keterangan lebih lanjut berhubung dengan syarat2 permohonan yang perlu dipatuhi serta dokumen2 yang perlu disertakan, bolehlah merujuk atau lawati laman web kami di
www.jpj.gov.my di bawah bisneskami/teknikal/penukaran injin.
2. Mengenai dengan insurans, sudah tentulah tuan terpaksa membuat 'pindaan/ pembetulan butir - butir/ maklumat' pada insurans kenderaan tersebut. Secara logiknya apabila berlaku pertukaran injin ( lebih - lebih lagi penambahan 'cc' injin) ianya akan juga melibatkan perubahan pada nombor injin, perubahan pada kapasiti/ keupayaan injin dan kemungkinan perubahan kepada sistem gantungan serta brake. Dan perubahan ini biasanya perlu dimaklumkan dan mendapat 'restu' daripada pihak insurans juga. Ini bertujuan untuk mengelakkan pihak insurans daripada 'enggan melindungi' jika berlaku apa - apa perkara yang tidak diingini. Dengan kata lain JPJ tidak menetapkan tuan perlu mengemukakan sijil insurans yang baru (fresh) tetapi diperlukan mengemukakan sijil insurans yang akan melindungi kenderaan tuan berdasarkan maklumat/ butir - butir yang baru berkuatkuasa dari tarikh perubahan tersebut. Dalam hal ini saya berpendapat adalah elok tuan mendapat nasihat, pandangan atau merujuk pada pihak insurans terbabit. Sekian, terima kasih.