Road tax decreased, no toll increased ( at least for this year )

EG8

2,000 RPM
Senior Member
Joined
Jan 2, 2004
Messages
2,107
Points
3,138
Location
KL
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/1BB25289A63B51DC48257075002F94ED


KENYATAAN MEDIA

LANGKAH MERINGANKAN BEBAN KENAIKAN HARGA

Ekonomi negara kekal kukuh dalam tempoh separuh pertama tahun ini dalam suasana pertumbuhan ekonomi global yang lebih sederhana manakala harga minyak mentah melonjak naik. Harga minyak mencecah AS$71 setong pada 30 Ogos 2005 dan masih di tahap tinggi berikutan permintaan minyak yang semakin meningkat terutama daripada negara China, India dan Amerika Syarikat sementara keupayaan menambah bekalan adalah terhad. Pergolakan geopolitik di beberapa negara pengeluar dan taufan yang melanda Teluk Mexico telah menjejaskan lagi kedudukan minyak dunia.

2. Kerajaan amat prihatin terhadap kesan kenaikan harga minyak. Selama ini, Kerajaan telah menyediakan subsidi ke atas harga petroleum dan memberi pengecualian cukai jualan ke atas produk petroleum. Tanpa subsidi dan pengecualian cukai, harga minyak petrol, diesel dan gas memasak akan berada di tahap hampir dua kali ganda harga yang dibayar sekarang. Pada tahun 2003, Kerajaan menanggung subsidi dan kehilangan hasil cukai berjumlah RM6.6 bilion dan jumlah ini telah meningkat kepada RM11.9 bilion pada tahun 2004. Pada tahun 2005, jumlah ini dianggarkan akan meningkat lagi kepada RM16 bilion. Jumlah RM16 bilion ini adalah RM1.5 bilion lebih tinggi daripada anggaran yang dibuat semasa kenaikan harga pada 31 Julai 2005. Walaupun Kerajaan telah menaikkan harga dengan tujuan mengurangkan subsidi, namun pada hakikatnya jumlah subsidi semakin bertambah akibat daripada kenaikan harga yang ketara di pasaran antarabangsa.

3. Sungguhpun harga minyak di Malaysia tidak setinggi seperti terdapat dalam pasaran antarabangsa kerana pemberian subsidi oleh Kerajaan, adalah diperhatikan harga barangan telah meningkat. Indeks Harga Pengguna meningkat 2.8 peratus bagi bulan Januari- Jun 2005 dan 3 peratus bagi bulan Julai. Kenaikan ini mungkin telah menjejaskan sedikit kuasa beli pengguna.

4. Bagi meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah, empat langkah segera akan diambil.

Pertama: Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga petrol, diesel dan gas memasak sehingga hujung tahun ini;

Kedua: Untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan, cukai jalan bagi semua jenis kenderaan komersil akan diturunkan sebanyak 25 peratus. Bagi bas sekolah yang kini membayar cukai jalan sebanyak RM10 setahun, kadarnya diturunkan kepada RM2. Bagi kenderaan persendirian pula, pemilik kenderaan berkapasiti kurang daripada 1000 c.c. hanya perlu membayar RM30 setahun. Bagi kenderaan persendirian berkapasiti 1000 c.c. sehingga 1600 c.c., cukai jalan dikurangkan 50 peratus. Cukai jalan motorsikal berkapasiti 151 c.c. hingga 250 c.c. juga dikurangkan 50 peratus. Pada masa ini pemilik motorsikal berkapasiti dibawah 150 c.c. telahpun tidak membayar cukai jalan. Kesemua potongan cukai jalan tersebut akan berkuat kuasa mulai 12 September 2005.

Ketiga: Kerajaan telah memutuskan supaya kadar tol tidak dinaikkan bagi tahun ini dan tahun hadapan. Kerajaan berharap pemberian potongan cukai jalan dan pengekalan kadar tol ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengusaha malah juga dinikmati oleh pengguna; dan

Keempat: Bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, Kerajaan memutuskan untuk menambah kadar bantuan yang diberi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang tua dan golongan daif untuk membolehkan mereka hidup dengan lebih sempurna. Kadar Bantuan Kanak-Kanak juga akan ditingkatkan bagi memberi manfaat kepada kanak-kanak yatim, miskin atau kurang bernasib baik daripada keluarga yang hilang mata pencarian, tidak berkemampuan kerana keuzuran, kecacatan atau berpenyakit.

5. Kerajaan tidak mahu peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Sebaliknya peniaga di semua peringkat mestilah bertanggungjawab dan jujur. Langkah penguatkuasaan akan dipertingkatkan supaya kebajikan pengguna akan dapat dipelihara. Bilangan anggota penguatkuasa akan ditambah. Tindakan bersepadu di antara agensi-agensi berkaitan akan juga diambil untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan. Kerajaan akan membatalkan lesen perniagaan jika didapati ada peniaga-peniaga yang secara berulang menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.

6. Kerjasama semua pihak sangatlah penting untuk kita sama-sama menangani cabaran kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa dan kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara supaya pembangunan negara dapat diteruskan.

7. Langkah-langkah selanjutnya untuk meringankan beban rakyat akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2006 pada 30 September 2005.

Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
PUTRAJAYA

7 September 2005
 
i m wondering , bout the road tax issues....
maybe wanna protect proton or perodua
i dun see much differences with 1.0-16 with 25%
should be fair n square. 50% decrease for Roadtax.
anyway, i juz can keep wishin 9 9
 
fuel price until end of the year only ma... maybe 1-1-06 raise 20cents? who know? :biggrin:

and decrease road tax only, somemore for small cc car...

better decrease the excise duty for 25% la... bua hahahahahaha...

since now got a little bit bit of GOOD news, prepared for the 2006 budget anouncement, maybe no more good news for car stuffs already, or maybe car price up???... :frown:
 
BLaCkHoWLiNG said:
sugar coating before the fuel price hike??
let's see, 1.6liter engine Kuching Sarawak here road tax rm225 more or less per annum.

lets say one person average pump one 50liter full tank of fuel per week (average example), and the fuel naik 20cent and lasted one whole year, means 1 week he pay rm10 more for fuel, one year 52 weeks.

rm520-(rm225*50%) = rm407.50 more to pay..

shit!! and to think that alot of people will use more than 1 full tank of fuel everyweek >_<. memang sugar coat!!
 
my dear frens, petrol in malaysia consider 1 of the cheapest in the world la..... compare with other country we are lucky....

i heard ppl in USA now paying USD 6 per gallon = RM 5.90 per litre after Katrina.....
 
driftagster : True.. but you gotta remember other parts of the world don't pay us peanuts as our salaries. I mean, go Singapore and you can get a higher paying job similar to what you're doing in M'sia.

So who cares if we're the cheapest? Our salaries are the cheapest too! (One of)
 
Izso said:
driftagster : True.. but you gotta remember other parts of the world don't pay us peanuts as our salaries. I mean, go Singapore and you can get a higher paying job similar to what you're doing in M'sia.

So who cares if we're the cheapest? Our salaries are the cheapest too! (One of)

Totally agreed!!!!!!! those who earn high salary & petrol also can claim got no fear laa. (MCH)

Sugar Coating? also fully agreed!!!
There is no free lunch in the world..
dont be happy first, they will show something "hot" later..
Too bad for me driving 1.8.... no reduce of r/tax
 
cheong dude,
i duno how you said that make it to 2.0 and it will be fair.
then how about for those who have 2.0 engine above?
same thing, right?
 
golongan yg kurang bernasib baik atau
BUY PROTON!!!
kancil is a good buy lower than 1.0 mah
proton is a good buy also

waja,wira,gen2 all 1.6 right

makehai :(
sadness la
how come only 1.6 n lower?

ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
buy kancil put L2 liow la
 
keekekeke... sugar coated pre budget announcement indeed, fuel prices elsewhere in the world high do their governments subsidise the fuel in their country? if goverment here completely cut of the subsidies, wouldn't our fuel prices equal to that of other countries? 1.6 lower the give tax rebates.. 1.6 above they dont give.. some say to protect proton and perodua.. but toyota, suzuki, honda, hyundai, kia also got cars at 1.6 below wat.. and toyota's car sales better than that of protons.. protect what? those who can afford 1.6 and above cars should be able to afford the high expenses they have to pay, thats the general idea.. u wanna buy big car... big cc.. u pay big one time price u pay big road tax and big petrol.. but now all complaining aiyah why not 1.6 above.. or why not standardize it to 2.0 below blablabla..

if your pay low don complain here la ... complain to your boss at exxon.. or go get a new better paying job.. your pay high or low should not influence the prices of fuel and what nots.. either way u still need to spend on fuel.. its a necessity...

you willing to depart away from your b8 turbo and drive a kancil l2 turbo? ...... :lol:
 
Izso said:
driftagster : True.. but you gotta remember other parts of the world don't pay us peanuts as our salaries. I mean, go Singapore and you can get a higher paying job similar to what you're doing in M'sia.

So who cares if we're the cheapest? Our salaries are the cheapest too! (One of)

you are right!!!! forgot bout this point....damn...when will be the next naik gaji?? ai....
 
yeah hard to survive dy low salary and high expenses.... next time like japan .. take LRT or cycle to work...
 
DRiftAGster said:
my dear frens, petrol in malaysia consider 1 of the cheapest in the world la..... compare with other country we are lucky....

i heard ppl in USA now paying USD 6 per gallon = RM 5.90 per litre after Katrina.....
cheap or expensive depends... oversea they get high pay.. so their part of salary that goes to petrol affects them a lil.. but for malaysian not many ppl get high pay and petrol really cut their throat leh
 

A thread every 60 seconds


Search

Online now

Enjoying Zerotohundred?

Log-in for an ad-less experience
Top Bottom